CAFE MENARIK DI MELAKA FOR FOOD HUNTING AND INSTAGRAM

HELLO GAIS, lama gila tak update blog. So, entry kali ni nak cerita my travel ke Melaka baru-baru ni. Nak ingat kan juga keluar tu jangan lupa pakai mask and jaga social distancing okay. Banyak tau cafe-cafe menarik kat Melaka tu tapi saya sempat pergi 2 cafe je atas sebab-sebab perut ada satu and hari lain pergi makan kat tempat biasa kitaorang makan. haha

So, dua cafe yang kitaorang try adalah:


SHARING PLATES

Address:  143, Jalan Bendahara, 75100 Melaka




Apa yang kitaorang try kat sini adalah pancake pisang and karage chicken bowl. Karage chicken bowl tu macam makanan jepun. fuhh sedapnya. Pancake tu kitaorang dapat recommended from my friend punya kawan.  So, for me sedap jugak sebab tak manis sangat and kitaorang add on ice cream vanilla. Kalau beli pancake je harga dia RM13.90 and add on ice cream dalam RM3.++.  Lepas tu tempat tu so cantik korang boleh la ambil gambar sebab dia macam ada vibe dulu2 and penuh pokok rasa tenang je. I loike. Definitely akan repeat lagi .



Ni karage chicken bowl. Chicken dia fuhh sedap rangup di luar tapi lembut didalam and tak kering. Harga untuk bowl ni adalah RM15. Sesiapa pengemar makanan jepun bagi aku ni tak menghampakan. Really recommended.



THE OLD MARK CAFE

Address: No.39, Jalan KSB 11, Taman Kota Syahbandar, Melaka, 75200 Malacca

 


Kat sini kitaorg try souffle pancake. Pancake yang kitaorg try ni adalah the old trend souffle pancake. Harga pancake ni RM17.90 TETAPI BERBALOI SANGAT-SANGAT. Haaa sampai caplock aku. Old trend ni adalah souffle pancake dengan maple syrup, whipping cream, granola and vanilla ice-cream. Bagi aku kehadiran granola tu yg menambah kesedapan pancake tu sebab dia rangup. Ada 3 perisa yang lain maybe korang boleh try ada lah the tiramisu, the matcha and the whites. Lepas tu kitaorang order air chocolate dia pon sedap. memang pekat and tak manis. nama air coklat tu susah nak sebut so aku tak ingat haha. Lagi satu kedai ni pon cantik juga untuk ambil gambar.


Jadinya kalau korang melawat Melaka jangan lupa singgah cafe-cafe ni if korang nak cuba makanan baru or mencari cafe untuk meluangkan masa bersama family, kawan-kawan or boyfriend/girlfriend korang okay. Thank you for reading my entry and see you next time. Adios. 



Comments

Popular posts from this blog

apa yang ada kat kolej UITM PULAU PINANG cawangan KAMPUS BERTAM ?

pengalaman praktikal di Hospital Pakar Sultanah Muar , Johor (HPSF) part 1

diploma farmasi UiTM (Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang (UiTM PP) ) * special for second intake *updated 2017